Thursday, August 20, 2009

Dengan nama Allah.
Assalamualaikum WBT

Pada 8 Ogos 2009, majlis pertunangan kami telah berlangsung dengan penuh kesyukuran dan rasa rendah hati. Cincin telah disarungkan di jari kami oleh ibu bapa kami sebagai tanda kami telah bertunang.


Dengan berbesar hati, kami ingin mengumumkan bahawa kami akan melangsungkan perkahwinan kami seperti yang telah dirancangkan pada 25 September 2009, 6 Syawal 1430 H. Majlis akad nikah tersebut akan diadakan di kampung halaman Ja iaitu di Kampung Tapang, Kota Bharu, Kelantan.


Pilihan hari pernikahan ini sengaja dipilih pada Jumaat memandangkan hari Jumaat adalah penghulu segala hari di dalam agama kita. Keberkatan hari Jumaat antaranya adalah peluang kita untuk menunaikan fardhu Jumaat, yang tidak terdapat pada hari-hari lain.


Majlis akad nikah akan dilangsungkan tepat jam 10 pagi dan dijadualkan akan dilangsungkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan. Selepas solat Jumaat, majlis kenduri kesyukuran pula akan berlangsung.


Dengan ini, kami ingin sekali menjemput semua warga rakan chatters, bloggers, YMs, skypes, taggeds, facebooks dan lain-lain untuk menghadiri majlis kami nanti. Tidak lupa juga kepada ahli Kelab Badminton Bestnyer terutamanya, kehadiran anda semua adalah sesuatu yang akan membangkitkan semangat kekeluargaan untuk kami berdua.


Juga, dari semasa ke semasa, kami akan memuatkan gambar-gambar yang berkaitan di sini untuk tatapan anda semua.


Disertakan juga kad jemputan ke majlis kesyukuran kami di bawah, lengkap dengan peta lokasi ke rumah pengantin perempuan.


Sekian, Wassalam.


Aidi dan Jazilah